PENTAS KERAMAT ATMA NIRMALA



MAJLIS TRADISI SASTERA RAKYAT KE - 39 

Pertama kalinya melihat persembahan teater dengan sepasang mata kurniaan tuhan secara siaran langsung bersama rakan kuliah di Balai Budaya, Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka. Sungguh terpegun. Sungguh terkesima. Melihat kehebatan mahasiswa Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Kesusasteraan Melayu mempersembahkan teater buat kali pertama tiada tolak bandingnya. Hebat!

Pengunjung yang hadir juga bukan dari kalangan biasa. Artis terkenal, Zaidi Omar, dan Bapak Roslan Madun juga turut hadir menonton persembahan teater. MTSR kali ini bekerjasama dengan DBP, JKKN, Putra Fm, Teater Malaysia dan lain-lain. Sungguh kagum!

Teater Awang Elok Rupa

Cerita rakyat yang dipersembahkan penuh dengan isi tersurat dan tersirat. Pemilihan cerita yang dipilih membangkitkan nostalgia dan perasaan rindu akan kenangan waktu kecil. Sudah lama tidak mendengar cerita rakyat yang sarat dengan pengajaran. Setiap tutur bicara pelakon diamati dengan jiwa. Cerita yang dipersembahkan terdiri daripada pelbagai watak unggul yang mempunyai perilaku yang bercampur.

Berkisarkan seorang pemuda di bumi iaitu Awang (Awang Kudis Buta) yang tabah menghadapi tohmahan dan hinaan daripada warga kampung dek kerana kudis buta yang penuh menyelaputi badannya.

Konflik bermula apabila Awang pergi ke gunung untuk mencari ramuan istimewa nenek kebayan. Sekaligus, bertemu dengan warga istana (Sinar dan Cahaya) dari kayangan yang sedang terpinga mencari ulat hitam untuk menyembuhkan Puteri Chempaka Sari. Akhirnya, sang puteri jatuh cinta akan Awang dan mereka pun berkahwin.

-------------------------------------------------------------------------------------
الحمدلله
Sedikit sinopsis saya ceritakan perihal teater yang saya tonton semalam! Jika berpeluang untuk menonton teater lagi, In Shaa Allah saya akan pergi!

"Telah berakhir sudah kisah kita bersama
dan segalanya hanya akan tinggal kenangan
yang tersimpan dalam ingatan"


IRDINA FATINI IBRAHIM

2024

Comments

Popular Posts