FILEM MELAYU - BISIK PADA LANGIT
Bisik pada Langit
Filem ini diterbitkan oleh Astro Shaw, Filmscape dengan kerjasama Nusantara Seni Karya dan telah ditayangkan di layar perak pada 21 September 2017. Bisik pada langit sebuah filem yang memaparkan elemen berteraskan kekuatan hubungan kekeluargaan dan permainan emosi.
Sebuah karya yang telah meruntun jiwa sehingga air mata mengalir membasahi pipi. Benar-benar berjaya main emosi seorang anak perempuan yang berjauhan ahli keluarga. Diri ini amat terkesan apabila menonton filem yang berkisarkan kasih sayang seorang bapa dan anak perempuan. Sesungguhnya saya begitu akrab dengan ayah.
Mengisahkan seorang anak perempuan ditatang minyak yang penuh oleh bapanya sehingga hidupnya seperti dikongkong. Walhal, umurnya telah menjejaki pertengahan 20-an. Kerana kasihan akan anaknya, Wak Selamat (Jalil Hamid) melepaskan anaknya Siti Hajar (Ummi Nazeera) pergi melanjutkan pelajaran di Perth, Australia.
Namun, segalanya telah berubah semenjak anaknya telah pergi menelaah ilmu di negara orang. Tidak dapat digambarkan kesedihan yang dilalui oleh sosok tubuh seorang ayah apabila mendapat tahu bahawa satu-satu anak perempuannya telah terlibat dalam kecelakaan semasa menunggang motosikal berkuasa tinggi. Begitu remuk hati seorang ayah. Tatkala, ayahnya sentiasa menunggu kepulangan anaknya tamat pengajian.
Pengajaran, dimana sekalipun kita berada, jangan pernah meninggalkan pesanan ibu-bapa yang sentiasa mendoakan kebahagiaan anak-anak. Sesungguhnya, sumber kekuatan ibu-bapa adalah berasal dari anak.





Comments
Post a Comment