MERANTAU KE DELI OLEH BUYA HAMKA

 


Merantau ke Deli
------------------------------------------------------------------------

Karya agung hasil pengilhaman ulama' terkenal iaitu Buya Hamka sebelum beliau menghembuskan nafas buat kali terakhir. Merantau ke Deli merupakan antara karya sastera yang dibaca ketika saya melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia. Pada awalnya, saya hanya tertarik untuk membaca ketika melihat muka hadapannya. Namun, apabila saya membaca helaian demi helaian, novel ini telah berjaya menarik minat serta kegigihan diri untuk membacanya sehingga habis!

Karya ini berkisarkan mengenai keajaiban hati seorang wanita dalam menghadapi segala rintangan, cinta, dan darjat. Demi cintanya yang suci, sanggup dihadapinya dengan tabah dan setia walaupun kewujudannya semakin tidak diendah dan dihargai. Dalam konteks karya ini, saya dapat melihat bahawa cinta yang suci akan berkekalan manakala cinta yang dinodai akan pergi meninggalkan tanpa kasih hakiki.

Seketika telusuri dari perspektif berbeza, karya ini mewujudkan penekanan terhadap tanggungjawab yang perlu digalas oleh setiap insan dalam mencari rezeki yang halal. Sesungguhnya perniagaan merupakan salah satu ibadat suci sewaktu zaman Rasulullah SAW lagi. Amanat dan tanggungjawab digalas ampuh oleh sosok Rasulullah SAW sendiri. Dalam islam juga, sangat dititikberatkan mengenai peribadi yang tabah dan mulia dalam menelusuri gejolak kehidupan yang sejajar dengan pembangunan islamiah. 

Redup bulan terang bercahaya
Terbias cahaya menuju titi
Didik jiwa nurani dipelihara
Peribadi mulia perhiasan diri
          
-------------------------------------------------------------------------------------

الحمدلله
  Karya ini berjaya dihabiskan dalam masa jangka pendek sahaja. Segala perbendaharaan, kosa kata yang digunakan oleh beliau sungguh menusuk jiwa. Dapat juga saya gunakannya sebagai rujukan kendian hari. Sesungguhnya penulisan beliau amat mengagumkan insan kerdil ini. Sehingga tidak mampu diolah oleh bibir pemberian tuhan yang maha Esa.






Comments

Popular Posts