IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-109
يَرْفَعِ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ
Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”. [al-Mujadalah:11]
iRSYAD AL-HADITH SIRI KE-109
Merupakan kumpulan hadith sahih yang dimuat naik melalui laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Pada siri ini, kelebihan menuntut ilmu menjadi topik yang dimuat naik sebagai tanda bagi menjawab persoalan dan pedoman insan untuk meladeni ganjaran bagi sesiapa yang menuntut ilmu.
Tafsir al-Qurthubi, 17/299 - Allah SWT berfirman, akan wujud ganjaran di akhirat dan karamah (kemuliaan) di dunia. Maka, diangkat orang yang beriman daripada orang yang tidak beriman dan orang yang alim daripada orang yang bukan alim.
Ibn Mas'ud berkata bahawa Allah SWT telah memuji ulama' di dalam ayat ini iaitu Allah SWT mengangkat orang beriman yang diberi ilmu di atas orang beriman yang tidak diberi ilmu dengan beberapa darjat.
Rabb, semoga diri ini sentiasa cekal dalam menuntut ilmuMu.
.png)


Comments
Post a Comment