KARYA BELIAU
Dato’ Ishak bin Muhammad, selesa dikenali sebagai Pak Sako. Pak Sako merupakan penulis yang terkenal di Malaysia dan nasionalis yang telah melibatkan diri dalam membawa gagasan penyatuan Melayu Raja. Anak jati Pahang ini amat aktif berkecimpung dalam bidang penulisan sekitar tahun 1930-an lagi. Pak Sako juga merupakan pengasas kepada penerbitan akhbar popular pada waktu itu iaitu Utusan Malayu.
Sudah banyak karyanya yang telah diterbitkan untuk dijadikan sebagai bahan bacaan. Beberapa novel penulisannya pernah menjadi fenomena iaitu novel Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila. Karya-karya ini merupakan karya tersohor beliau dan telah membawa kepada anugerah Ijazah Kehormat Doktor Persuratan, Pejuang Sastera oleh, dan Anugerah penulis novel terbaik. Selain daripada novel, beliau juga giat menghasilkan cerpen, memoir dan esei serta rencana bagi akhbar kumpulan Utusan Melayu.
Wahai lelaki budiman
Nukilanmu mencipta kenangan
Memberi pengajaran kepada insan masyarakat
Kelebihanmu tidak ternilai
Sakti ideologimu umpama permata
Bersinar bak bulan menerang
Karya mencecah keheningan
Baktimu tidak terlupakan



Comments
Post a Comment