KEUNGGULAN SASTERA
Kemunculan era Revolusi Industri (4.0)
Kesusasteraan tempatan telah mendapat kesan hasil berlakunya revolusi demikian. Diperoleh dalam bentuk polemik iaitu karya dibaca melalui pencetakan mahupun dalam bentuk digital. Penggunaan bahan digital kian berleluasa. Cerpen, novel, sajak semakin banyak dimuat naik dalam laman internet. Sudah pasti pembaca akan memilih untuk membaca secara maya sahaja. Bagi mereka, ia lebih mudah dan percuma tanpa perlu mengeluarkan wang.
Isu Plagiat dan Bayaran Honorarium
Kedua-dua isu ini semakin berlanjutan saban hari. Kes plagiat hasil karya insan lain semakin memuncak. Tanpa segan silu dan bersalah. Bayaran yang tidak sesuai dengan kadar hasil juga makin membimbangkan pengkarya. Jika isu-isu ini tidak dapat diuruskan dengan secepat mungkin, berkemungkinan penulis tidak berkeinginan lagi untuk melemparkan idea dalam bidang sastera. Pengkarya tidak tertarik lagi.
"Sekian banyak idea terkumpul pun perlahan-lahan mengering sama ada oleh sebab kian kurangnya medium penyiaran atau kebimbangan karya disalin tanpa kredit atau timbal balas dalam bentuk material" - Majalah Dewan Sastera
Kebangkitan masalah yang dikongsi memusnahkan harapan pengkarya untuk melebarkan sayap mereka dalam penghasilan karya kreatif. Sungguh tidak adil. Mereka juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Isu yang terjadi perlu ditanggani dengan baik. Setiap insan perlu menghindari sikap mazmumah iaitu pentingkan diri sendiri. Sebagai orang islam, sikap keji perlu dihindarkan.
Demi menjaga keunggulan sastera itu sendiri!



Comments
Post a Comment