LAHIRNYA TOKOH MUROBBI


 TOKOH ULAMA' TERULUNG
Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz

Lahirnya seorang tokoh ulama' di negeri serambi Mekah. Sosok tubuh yang mempunyai nilai keperibadian yang amat tinggi. Tok Guru Nik Aziz dikagumi oleh ramai insan. Keteguhan beliau dalam membawa pemikiran islam dan membawa perubahan kepada negeri Kelantan telah memberi kesan mendalam sehingga sekarang. Agama Islam menjadi petunjuk kepada negeri yang berkah itu. Daripada 'Paris Of Malaya' kepada 'negeri Serambi Mekah'. Alhamdulillah.

Kewarakan dan sifat beliau yang zuhud menjadikan beliau seorang insan yang sentiasa membumi, tinggal di sebuah rumah seperti rumah rakyat kebanyakan sahaja. Tatkala, beliau seorang Menteri Besar Kelantan pada waktu itu.

Sebelum beliau berkecimpung dalam bidang politik, Tok Guru Nik Aziz merupakan seorang guru agama yang aktif di beberapa buah sekolah di Kelantan. Oleh hal demikian, beliau dipanggil sebagai 'Tok Guru' atau 'Tuan Guru'. Tok guru juga menghabiskan masanya dengan menyebarkan ilmu-ilmu islam kepada masyarakat.

Tok Guru Nik Aziz juga aktif dalam bidang penulisan buku. Beberapa karya hasil penulisan beliau ialah 'Kenapa saya tidak masuk kristian', 'Insan, Ingatlah! Sebuah panduan menuju ke hati yang tenang' dan 'Air Mata di Mahsyar'

------------------------------------------------------------------------------------

Pemergian beliau meruntun jiwa umat islam. Hilangnya seorang ulama' di negeri berkah. Langit menjadi saksi keteguhan beliau dalam pengekalan keislaman di Kelantan. Semoga roh beliau senantiasa dicucuri rahmat dan syurga tempat abadinya. 

إِنْ شَاءَ اللَّهُ

آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن




Comments

Popular Posts