MELANGKAH KE PASAR SENI
PASAR SENI - Buat kali pertama menjejakkan kaki ke salah satu destinasi pilihan pelancong di bandaraya kuala lumpur, Pasar Seni. Hati terpana melihat sebuah pasar yang bukan sekadar pasar. Pasar yang penuh dengan kepelbagaian entiti. Dahulunya dikenali sebagai sebuah pasar basah biasa, namun pada tahun 1985, ia telah diubah dan dinaiktaraf menjadi sebuah pasar yang menjual pelbagai barangan.
Kini, Pasar seni dilihat tidak kurang daripada sebuah binaan berhiaskan kesenian. Tempat ini juga dikatakan menjadi lokasi pameran, kebudayaan dan bidang kraftangan pelbagai di Malaysia. Saya bersama rakan, Syamimi telah pergi merasai sendiri pengalaman pertama kami dalam mewarna batik.
-------------------------------------------------------------------------------------------
Tidak dapat disangkal lagi, pengalaman pertama pergi ke Pasar Seni sungguh menarik hati. Semoga Rabb memberi rezeki kepadaku untuk ke sana lagi. In shaa Allah!




Comments
Post a Comment