MERPATI BURSA
Dr. Kamariah - Seorang pensyarah yang sangat amanah dan bertanggungjawab dalam mengajar kami, pelajar Linguistik Melayu pada sem 3 ini. Sosok tubuh dan peribadinya tidak ubah seperti Rabiatul Adawiyah, unggul dalam segala hal; mempunyai tekad yang kuat, berani mencuba perkara baharu. Beliau sungguh telus dalam menyampaikan ilmu kepada kami. Penat lelahnya diabaikan demi menyampaikan sekumat ilmu kepada anak didiknya.
Cerpen yang dihasilkan olehnya benar-benar membuat insan ini terpegun. Keindahan perkataan yang diguna sungguh puitis menarik minat insan ini. Asbab subjek ini, insan ini berminat untuk membaca karya-karya yang dihasilkan oleh para Sasterawan Negara yang sebelum ini tidak. Beminat untuk menghasilkan karya sendiri. Berminat untuk meningkatkan keperibadian diri melalui watak-watak unggul yang dicipta di dalam novel mahupun cerpen beliau.
Penggunaan teori keagamaan; menyebut nama agung Allah; Asmaul Husna dalam cerpen-cerpen memperlihatkan bahawa cintanya akan tuhan sungguh besar. Sungguh cinta akan Rabb sekelian alam. As Salam, Al Mukmin, semoga dipanjangkan umurnya dan sentiasa diberikan kenikmatan dalam beribadah kepadaMu.
Sesungguhnya pertemuan kita sekejap sahaja memandangkan bidang kita berbeza. Kenangan sepanjang belajar bersama sosok tubuh wanita ini tidak akan dilupakan insan ini begitu sahaja. Akan ku potretkan baik-baik dalam jiwa. Semoga segala ilmu dan kenangan yang tercoret membawa asbab kita ke syurga.
إِنْ شَاءَ ٱللَّهُ
.png)


Comments
Post a Comment