IKAN BAKAR MAGHI MAKEY
IKAN BAWAL MAS BAKAR TAWAR
IKAN TUKO BAKAR BEREMPAH
SOTONG CELUP TEPUNG
ٱلْـحَـمْـدُ للهِ, kali kedua hadir dengan membawa keluarga untuk merasai ikan bakar kesukaan saya. Sesampainya di kedai kami terus mengambil 2 ekor ikan dan seekor sotong yang bersaiz besar. Cepat juga makanan sampai dan makanlah berempat orang kami dengan senang hati. Namun, sotongnya agak liat. Mungkin disebabkan goreng terlalu lama? Saya tidak tahu puncanya. Ikannya pula segar bugar belaka dan cair di mulut ٱلْـحَـمْـدُ للهِ
Ibu Tercinta
Selesai mengisi alas perut, singgah sebentar di Masjid Muhammadi, Kota Bharu untuk solat maghrib. Masjid ini dikenali sebagai Masjid Negeri, ia merupakan salah sebuah masjid yang cantik dan bersejarah di Negeri Che Siti Wan Kembang. Cantik ukiran dan binaannya. Pertama kali saya menjejak kaki, saya terpegun dengan keindahannya kerana digabung pula dengan warna emas. Sungguh indah.Jika berpeluang, saya ingin pergi selalu. إِنْ شَاءَ اللَّهُ
Bayu Somerset
Selesai menyelesaikan solat, kami singgah pula ke AEON Mall untuk meluangkan masa bersama. Mata saya terpandang sebuah kedai serba-serbi berwarna merah jambu. Cantik kedainya, kedai itu; Bayu Somerset. Menjual baju kurung comel yang cantik dipakai oleh gadis muda. Berkenan pula saya dengan baju kurung yang berwarna Strawberry Matcha (gabungan warna merah jambu dan hijau matcha). Comel, saya suka! hehe dapat juga saya membeli koleksi baju jenama ini. Namun, kurung Petit Moi tetap menjadi pilihan hati.


Comments
Post a Comment