SEMESTER TERAKHIR SEBAGAI PELAJAR PRAKTIKAL JPNK
Memori sepanjang 2 bulan di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.
Semester terakhir aku sebelum menamatkan pengajian sebagai seorang pelajar Linguistik Melayu, UPM. Sedih? Gembira? Sudah tentu kedua-duanya hadir serentak. Menuntut ilmu hingga ke peringkat Sarjana Muda bukanlah perkara kecil yang boleh dipandang enteng, apatah lagi wujudnya sentimental sesetengah pihak yang sering mengatakan bahawa pengalaman itu lebih utama seolah-olah mengecilkan nilai pendidikan.
Namun, aku percaya bahawa setiap insan perlu memiliki kedua-duanya; pengalaman dan pendidikan bagi membentuk sahsiah diri yang seimbang.
Sudah 2 bulan menapak di Jabatan Pendidikan Negeri kelantan, banyak pengalaman dan pelajaran yang telah ku amati. Belajar berkomunikasi dengan baik, belajar menghadapi kerja di saat-saat akhir, belajar itu dan ini. Namun begitu, masih berjuta hal yang perlu ditelaah kerana ilmu dan pengalaman itu luas dan padat.
Pada penamat ini,
aku bukan hanya menutup sebuah semester,
tetapi membuka bab baharu
dalam perjalanan menjadi manusia
yang lebih mengenal dunia
dan lebih mengenal diri sendiri.
aku bukan hanya menutup sebuah semester,
tetapi membuka bab baharu
dalam perjalanan menjadi manusia
yang lebih mengenal dunia
dan lebih mengenal diri sendiri.
- IrdinaIbrahim -


Comments
Post a Comment